Review CB Method: Macam Mana Saya Buat $4,925 Dengan Clickbank

Dah lama saya nak buat duit dengan Clickbank.

Kali pertama cuba dapat $80+.

Tapi sebab tak cukup “haul” $100 jadi tak dapatlah nak cash out.

Berbulan juga akaun Clickbank dibiarkan macam tu.

Akhirnya duit $80 yang terkumpul tadi dipotong sedikit demi sedikit sampai tinggal $0!

(Syarat cash out mesti $100 ke atas. Jika akaun tak aktif dikira dormant account dan dicaj $1 – $50)

Tak lama selepas tu kawan saya Malek MB kongsikan macam mana cara yang betul nak buat duit dengan Clickbank.

Apa itu Clickbank?

Sebelum tu untuk anda yang tak tahu tentang Clickbank — ianya adalah marketplace produk-produk affiliate.

Dalam tu ada beribu produk digital (terutama ebook) yang anda boleh promote.

Affiliate adalah program menjana komisen dari setiap jualan produk digital tersebut.

Konsepnya lebih kurang dropship. Tapi dengan affiliate tak perlu nak susah payah melayan WhatsApp, pos barang dan sebagainya.

Kerja anda promote link affiliate. Jika jualan terhasil anda terima komisen. Simple.

Katakan harga produk $49 dan komisen affiliate 70% — setiap jualan terhasil melalui link affiliate anda akan terima $34+.

Di bawah ini adalah bukti saya dah terima pembayaran sebanyak $4,925.99 (RM19,211+) dari Clickbank sepanjang 1 bulan mencuba teknik CB Method.

Proven Method

Bila dah faham konsep asas affiliate marketing, kini tinggal nak cari “proven method” macam mana nak buat $1 pertama dari Clickbank.

Ada banyak cara.

Antara yang saya pernah cuba — Bing Ads, YouTube, Adwords & Facebook Ads.

Tak semua gagal. Ada yang berjaya tapi tak konsisten.

Sampailah tuan Malek MB ajar saya teknik CB Method.

Funnel teknik CB Method ni sangat simple.

Adwords > Landing Page > Order Page > $$$

Yang saya suka dalam CB Method ni tuan Malek ajar dengan sangat terperinci termasuk hal remeh macam mana nak setup website.

Ramai je student CB Method yang tak ada basic masih boleh buat $100 seminggu!

Ni antaranya:

Jadi tak perlulah anda rasa “takut-takut” nak cuba walaupun tak ada basic sebab ramai dah buktikan yang mereka berjaya dapat $100 pertama selepas follow step-by-step apa yang diajar dalam CB Method.

Apa yang ada dalam CB Method?

#1 – Research

Research penting supaya anda tak “rugi” di kemudian hari.

Anda akan diajar macam mana nak cari produk yang senang jual tanpa perlu bersaing dengan “jerung-jerung” yang mempunyai bajet besar.

Sebagai newbie anda pasti tak kan menang bila bersaing dengan jerung ni. Sebab mereka ada duit dan teknik mereka sendiri.

Jadi untuk cepat buat sale, kita akan cari produk yang “underground” tapi masih boleh bagi anda jualan setiap hari.

#2 – Setup Landing Page

Bila dah jumpa winning product, masa untuk setup landing page.

Dalam video CB Method ada modul lengkap cara beli domain, cara setup hosting, dan cara install WordPress.

Tak perlu website yang gempak, cukup sekadar plain site yang mudah orang baca.

Saya sendiri buat website yang simple & minimalist sebab pembaca 90% membaca menggunakan mobile phone, jadi secantik mana pun website anda di PC ianya sama sahaja bila baca di smartphone.

#3 – Magic Script

Anda juga akan diajar teknik (legal) macam mana nak guna magic script untuk bypass laman jualan produk affiliate yang membosankan.

Dengan cara ini pembaca tak perlu membaca 2-3 kali laman jualan yang sama dan teknik ini mampu menaikkan conversion rate anda nanti.

Teknik ini diizinkan oleh Clickbank. Jadi jangan risau akaun anda selamat dari kena banned.

#4 – Cara Setup Iklan Adwords

Bila dah siap website anda, tibalah masa untuk buat duit dengan tarik trafik ke web anda.

Cara paling pantas adalah dengan iklan Adwords.

Tak perlu tunggu 5-6 bulan macam SEO, dengan Adwords anda boleh terus jalan iklan walaupun web anda baru berusia 1 jam.

Tapi jangan seronok sangat. Mungkin duit anda hangus selepas run Adwords.

Sebab itu dalam CB Method didedahkan keyword-keyword yang berpotensi menghasilkan jualan walaupun baru terima 1 klik!

Bayangkan kos 1 klik RM2 tapi dah boleh dapat komisen $17 (RM66+), berapa ROI tu?

Yang pastinya berbaloi-baloi!

#5 – Payment

Bila komisen cukup $100 anda sudah boleh withdraw!

Yang best buat duit dengan Clickbank ni, anda boleh dapat gaji setiap hari Rabu sekitar jam 7.30-8.30 malam.

Anda boleh withdraw komisen ini di mana-mana ATM berdekatan.

Katakan komisen $100, anda boleh withdraw RM350 (mengikut tukaran wang semasa).

Kalau $1,000+? Anda terpaksa withdraw RM1,500 sebanyak tiga kali.

Berapa harga CB Method?

Harga CB Method RM297 – kita nak buat duit USD, eloklah kalau kita tukar ke matawang USD.

Jadi harga CB Method dalam $76 sahaja.

Kalau anda rasa pelaburan $76 tak berbaloi dengan pulangan $4,925 yang saya dapat, itu terserah.

Tapi pada saya dengan pelaburan $76 anda boleh buat $100 setiap minggu dah cukup berbaloi!

Ilmu ini adalah ilmu “evergreen” dan boleh digunakan berkali-kali.

Teknik yang diajar hanya terhad untuk orang Malaysia. Ini kalau “mat salleh” tahu memang susah la nak bersaing. Mujur teknik ni cuma diguna pakai oleh jerung-jerung mat salleh sahaja.

Anda boleh dapatkan CB Method melalui link di bawah:

Klik sini untuk beli CB Method

Kalau anda masih tak percaya dengan testimoni yang saya kongsikan, boleh tengok testimoni orang lain di sales page CB Method.

Semoga perkongsian saya ini dapat membuka mata anda — buat duit dengan Clikbank bukan lagi satu benda yang susah. Ianya mudah jika jumpa “proven method” yang didedahkan secara terperindi dalam CB Method.

Leave a Comment